Wednesday, December 7, 2011

Kerana Sayangkan Abah


Abah,
Seandainya engkau mengetahui aku
begitu menyintai dan menyayangimu
Namun anakmu ini bukanlah
yang pandai menunjukkan secara berhadapan

Namun kasihmu padaku tetap dilipatan ingatan
kerna anakmu suatu ketika detik dulu
lebih rapat dengan dirimu
berbanding mama.....

Namun anak kecil yang kau sayangi ini
beredar meninggalkan zaman kanak-kanaknya
menjadi gadis remaja.....

Aku menjadi anak yang suka melawan cakapmu
Aku melakukan dalam keadaan terpaksa
Aku menjadi anak yang tidak mengenang budi
Maafkan anakmu

Kini aku meninggalkan zaman remajaku
Menjadi seorang  dewasa
Dan aku mula berfikir
Sehingga bila aku nak jadi macam niii
Aku berfikir tentang sesuatu
Andai Allah ambik salah seorang orang tuaku
Aku belum kuat menghadapi situasi itu
Aku ingin berubah
Menjadi Anak yang baik
Menjadi Insan yang melunaskan syariat

Bukankah, jika kita menjaga Aurat
Insha Allah, pasti Allah menjaga aurat Kita
dan menjaga aib kita....

Salah satu sebab aku bertegang tentang aurat
Semasa itu aku jahil
Aku bukannya melawan perintah Abah,
Namun Aku melawan perintah Allah
AMPUNKAN AKU YA ALLAH
AKU BUTA...AKU LEMAH...

Namun engkau memberikan aku hidayah
ketika  aku terkapai-kapai....
Ketika aku lemah
Engkau hadirkan aku semangat
TERIMA KASIH YA RABB!!!

Abah
Percayalah kasihmu padaku tersemat dilipatan ingatanmu
Engkau bersusah payah demiku
Tapi Anakmu berdoa dan berharap
Semoga kita sama-sama berdampir ke JANNAH

Anakmu
Tidak mahu lagi DIRIMU menanggung dosa-dosa anakmu
Kerna sungguh berat menjadi seorang BAPA
ANAKMU MENYINTAIMU SETULUS HATI KECIL INI

Sama2 kita doakan yang terbaik untuk keluaraga kita
semoga family kita mendapat rahmat dari ILAHI
ALLAH begitu menyayangi hamba2NYA


Kerana sayangkan abah,
Seiring azan bergema.
Lekas ana sujud pada-Nya..
Bermohon untuk abah, bermohon untuk mama.
Kerana sayangkan abah,
Ana labuhkan tudung ana..
Supaya tiada pandangan lelaki ajnabi akan melirik..
Mencuri pandang perhiasan yang Allah berikan pada ana.
Kerana sayangkan abah,
Ana tinggalkan jeans ketat..
Ana campakkan tshirt sendat..
Lalu ana pilih pakaian yang mengikut syariat.
Kerana sayangkan abah,
Ana jadikan malu sebagai perisai..
Ana selimutkan diri dengan iman..
Ana pelihara maruah agar maruah abah terpelihara.
Kerana sayangkan abah,
Ana ingin menjadi seorang muslimah..
Ana mengimpikan peribadi yang solehah..
Ana berusaha mencari keredhaan Allah. 
Kerana sayangkan abah,
Ana lakukan semua ini..
Ana mahu abah jadi suami dan ayah yang amanah..
Ana tidak mahu kerana ana abah dipersoalkan di akhirat sana.
SUMBER SILA KLIK



No comments: