Kisah Autistik

Assalamualaikum.
Berjumpa lagi buat kali ini. 

Sebenar-benarnya, sebelum berjumpa doc psy & clinical.psychologist 
Aleya sememangnya ada stigma yang agak negatif. 

Aleya terlalu overthinking, 
4W akan selalu bermain di minda. 

Kadang-kadang ia membuat fikiran menjadi runsing, anxious, worried & traits autistic menjadi lebih menonjol ke hadapan. 

Kenapa Aleya berjumpa psy & clinical psychologists. 

Pertama, fikiran bercelaru, keliru dah tak nampak logik, rutin bercelaru dan selalu dalam kebimbangan, sentiasa mempersoalkan dekat Tuhan. Solat hanya solat semata takde soul. 

Why me? 
Why me? 
Why God you choosing me? 
While my siblings, normal. 

Soalan tersebut sering kali berlegar-legar dalam fikiranku. 

Aku juga, selalu mempersoalkan kenapa aku lambat didiagnosed. 

Aku jugak sering berfikir, kalau aku didiagnosed sewaktu usia persekolahan 
mungkin kehidupan aku lebih teratur. 

Marilah kita flash back zaman kanak-kanak seorang Aleya. 

Aku dapat instict, yang berbeza dari adik beradik ku. Dan arwah Nenekku, pernah beritahu 
aku anak baik, jarang menangis dan itulah Red flag seorang baby dan kanak-kanak. 
Milestone aku berbeza dari kanak-kanak lain. Perlahan dari kanak-kanak biasa. 

Dan Aleya sangat tak suka bergambar sewaktu baby, ia suatu perkara BIG No buat Aleya 
dan lepas tu confirm menangis. 

Dan sewaktu baby, ada padang kosong di hadapan rumah di mana di situ ada lembu makan rumput 
dan riang gembira di sana. Selalunya, lembu akan mengeluarkan bunyi dan di masa yang sama 
Aleya akan berteriak sekuat mungkin. 

Dan aku lambat bercakap dan berjalan. Dan pernah dibawa pediatrik tapi doc 
hanya beritahu aku speech delay. Selepas itu, tiada follow up. 

Dan keadaan aku selepas itu, semakin teruk. Aku paling tak suka pergi ke sekolah, aku sukar 
untuk bergaul dengan suasana baru. Tiada minat pada sesuatu perkera, avoid eye contact, 
sensitif pada pada bunyi, cahaya dan bunyi bising. 

Aku pandai membaca pertengahan sesi pertama Darjah 1.Dan hingga tamat SPM, aku tiada interest dalam 
bidang  yang aku minati. Result aku dari UPSR, PMR, SPM biasa-biasa sahaja. Diploma aku 
biasa sahaja. Degree aku, tak tamatkan hingga penghujung di sebab traits Autistic makin memuncak. 

Di waktu persekolahan, aku bukanlah seorang yang pandai dan aku bukanlah yang aktif dalam 
sukan dan berpersatuan. Aku cepat rimas dalam crowd yang ramai. 

Dan semakin hari traits semakin jelas. Tapi tiada siapa pun percaya akan perasaan ini. 
Entah beberapa kali cuba usulkan pada Mama. Namun mama kata hanya perasaan Aleya sahaja. 

Hari berganti hari, bulan berganti hari dan tahun berganti tahun. 

Di fasa, di mana my nieces interview untuk admission untuk Al-Amin tiba-tiba terdetik di fikiranku. 
Al-Amin tak terima student special needs sebab diorang tak guru untuk special needs. 

Dan aku mungkin ada traits Dyslexia atau ADHD. 
Di sinilah bermula Journey aku bermula. Bukan pengakhiran tapi permulaan. 

Penatlahh, Aleya sambung next part









Comments

Popular posts from this blog

Nuhl Sarang Hae Ges Suh

Healing Place

Susu Kambing