Tuesday, December 20, 2011

ulcer

U.L.C.E.R or U.L.S.E.R
adusssss ulcer kembali....
sakit sangat2...sampai merebak
ke nerve telinga n gigi
samapi tak boleh buat keje....
berdenyut sangat2.....

actually aleya selalu ada masalah
ulser tapi for this year
rasanya dalam 5x cam tuuu....

aleya dapat ulcer ni sejak umur 12thn
till now.....
skali pakej with tonsilitis....
sakit sangat2 nak makan susah2....
tak boleh makan makanan keras....
kene cari makanan yang tak payah
kunyah sangatttt
.
ulser......cepat sembuh....
kene rajin letak BONJELA
niiii....

tempat ulser kat tepi lidah
skali bergesel ngan gigi
sangat2 sakit.....
mcm dah tahan....

klu org kata demam dah sakit...
i'm said sakit gigi n telinga!!!
berlipat kali gandalaaa sakit...
jgn cepat mengalah yea
kdg2 sakit itu nikmat...
jgn byk mengeluh
remind to myself too...
anyway doakan kesembuhan aleya....

Sunday, December 11, 2011

Lagu Untuk Mama & Abah....

Kami anak-anakmu
Ingin memohon restu
Wahai ibuku wahai ayahku
Ampunkan dosa-dosaku
Wahai ibuku wahai ayahku
Redhakan akan diriku
Ku hulurkan salam
Untuk Rasul Junjungan
Moga disyafaatkan
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Fattahu Ya ‘Alim
Ya Rahmanu Ya Rahim

Wahai Tuhanku
Kasihi daku
Kasih ibu dan ayahku
Wahai tuhanku rahmati daku
Rahmati ibu dan ayahku
Selamatkan mereka dari azab neraka
Dan bencana dunia
Hubungkan mereka dengan talimu
Amin ya rabbal alamin
Ku hulurkan salam
Untuk Rasul Junjungan
Moga disyafaatkan
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Fattahu Ya ‘Alim
Ya Rahmanu Ya Rahim
Wahai Tuhan limpahkan hidayahMu
Untuk ayah dan ibuku
Wahai Tuhanku
Berkati daku
Berkati ibu ayahku
Sayangilah mereka sepertimana
Mereka menyanyangiku
Dan mengasihiku waktu kecilku
Tak terbalas budi jasanya
Ku hulurkan salam
Untuk Rasul Junjungan
Moga disyafaatkan
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Fattahu Ya ‘Alim
Ya Rahmanu Ya Rahim
Wahai ibuku wahai ayahku
Didiklah anak-anakmu
Moga menjadi penyejuk di mata
Penawar resah hatimu
Ampunkan segala keterlanjuranku
Halalkan makan minumku
Doakan semoga aku selamat
Dunia dan di akhirat
Ku hulurkan salam
Untuk Rasul Junjungan
Moga disyafaatkan
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Fattahu Ya ‘Alim
Ya Rahmanu Ya Rahim


Lirik diatas adalah lagu nasyid
yang bertajuk ANAK SOLEH
nyanyian kumpulan
AEMAN
hayati maksud disebalik lirik ini








































Saturday, December 10, 2011

Gerhana Bulan

Petang ini sekitar jam 7.30ptg-8.30mlm
dikatakan gerhana bulan akan berlaku
marilah kita sama2 menyaksikan
gerhana ini berlaku
dan ini adalah salah satu kebesaran
ALLAH



Sebagai tanda bersyukur padaNYA
marilah sama2 kita laksanakan
SOLAT SUNAT GERHANA
KLIK SINI
untuk mengetahui cara solat sunat gerhana


niat solat sunat gerhana
boleh dilakukan mengikut
imam atau bersendirian
ikut kelapangan masing2

p/s:gerhana datang lagi,
tahukah kita bumi semakin tua
dan dimanakah tempat kita...

Friday, December 9, 2011

Kisah HLOVATE & Novel



Novel terbaru dari my favourite writer HLOVATE
I love all novel from HLOVATE
Saya jatuh cinta dengan karya HLOVATE
Membaca novel HLOVATE spt saya berada
bersama dengan watak2 dlm novel2nya
Seperti saya jatuh cinta plak
especially novel aA + bB
novel TUNAS spt saya kembali di zaman persekolahan
mmg bestlaa klau nak kenang balik....

Bersama HLOVATE
saya belajar apa itu agama
mengenal eri hidup
belajar mengenal agama
bersama2 ilmu dan penglaman
dari Hlovate
Thanks Hlovate
u done a right job!!!

My first novel from Hlovate
i read is
5TAHUN 5 BULAN
after that i terus jatuh hati
dgn ur karya and starting collect
all novel from u...

Actually i bought the novel last 2 weeks
but i don't have enough time
to read, have a lot things
to do...
So this weekend plus cuti keputeraan sultan
selangor....
i will be make sure to KHATAM
the NOVEL......

So, sesiapa yg blm beli
this novel kat MPH
lagi2 MPH tgh buat SALE
grab the chance.....

Thursday, December 8, 2011

Bila Rindu Datang lagi

Bila rindu datang lagi
aku menjadi gundah gulana
kadangkala aku sendiri
tidak mengerti dengan perasaanku

Apakah maksudnya
Aku sangat merinduimu
rindukan kenangan lama
rindukan masa lampau
dikala itu aku bebas
tiada kotmitmen....

Rindu!!!!!!
Apakah ertinya.....
aku merasakan diri menjadi kaku....
merasakan kosong tanpa pandangan....
Andainya ada orang disamping mendengar
rintihanku, bisikanku...
Alangkah bahagianya!!!!

Tuhan,
Engkau telah menghadirkan perasaan ini
Hadirkanlah aku insan yang mendampingiku
di saat suka dan duka
biarlah teman sejatiku
agar kami dapat menuju ke JANNAH
menuju jalan yang engkau redhai

wahai calon IMAMKU
aku sabar menanti dirimu
agar kita mencapai kebahagiaan yang hakiki
aku tahu kita  sedang memperbaiki
diri masing2
agar impian kita tercapai
dan mungkin ada hikmahnya
AKU PERCAYA KEKUASAAN ALLAH

ALLAH,
ketika aku lemah engkau kuarniakan semangat itu
percayalah ia suatu ujian untuk kita
harapan ku agar aku bertemu
dengan calon JODOHku di
LUH MAHFUZ
percayalah.......

Wednesday, December 7, 2011

Kerana Sayangkan Abah


Abah,
Seandainya engkau mengetahui aku
begitu menyintai dan menyayangimu
Namun anakmu ini bukanlah
yang pandai menunjukkan secara berhadapan

Namun kasihmu padaku tetap dilipatan ingatan
kerna anakmu suatu ketika detik dulu
lebih rapat dengan dirimu
berbanding mama.....

Namun anak kecil yang kau sayangi ini
beredar meninggalkan zaman kanak-kanaknya
menjadi gadis remaja.....

Aku menjadi anak yang suka melawan cakapmu
Aku melakukan dalam keadaan terpaksa
Aku menjadi anak yang tidak mengenang budi
Maafkan anakmu

Kini aku meninggalkan zaman remajaku
Menjadi seorang  dewasa
Dan aku mula berfikir
Sehingga bila aku nak jadi macam niii
Aku berfikir tentang sesuatu
Andai Allah ambik salah seorang orang tuaku
Aku belum kuat menghadapi situasi itu
Aku ingin berubah
Menjadi Anak yang baik
Menjadi Insan yang melunaskan syariat

Bukankah, jika kita menjaga Aurat
Insha Allah, pasti Allah menjaga aurat Kita
dan menjaga aib kita....

Salah satu sebab aku bertegang tentang aurat
Semasa itu aku jahil
Aku bukannya melawan perintah Abah,
Namun Aku melawan perintah Allah
AMPUNKAN AKU YA ALLAH
AKU BUTA...AKU LEMAH...

Namun engkau memberikan aku hidayah
ketika  aku terkapai-kapai....
Ketika aku lemah
Engkau hadirkan aku semangat
TERIMA KASIH YA RABB!!!

Abah
Percayalah kasihmu padaku tersemat dilipatan ingatanmu
Engkau bersusah payah demiku
Tapi Anakmu berdoa dan berharap
Semoga kita sama-sama berdampir ke JANNAH

Anakmu
Tidak mahu lagi DIRIMU menanggung dosa-dosa anakmu
Kerna sungguh berat menjadi seorang BAPA
ANAKMU MENYINTAIMU SETULUS HATI KECIL INI

Sama2 kita doakan yang terbaik untuk keluaraga kita
semoga family kita mendapat rahmat dari ILAHI
ALLAH begitu menyayangi hamba2NYA


Kerana sayangkan abah,
Seiring azan bergema.
Lekas ana sujud pada-Nya..
Bermohon untuk abah, bermohon untuk mama.
Kerana sayangkan abah,
Ana labuhkan tudung ana..
Supaya tiada pandangan lelaki ajnabi akan melirik..
Mencuri pandang perhiasan yang Allah berikan pada ana.
Kerana sayangkan abah,
Ana tinggalkan jeans ketat..
Ana campakkan tshirt sendat..
Lalu ana pilih pakaian yang mengikut syariat.
Kerana sayangkan abah,
Ana jadikan malu sebagai perisai..
Ana selimutkan diri dengan iman..
Ana pelihara maruah agar maruah abah terpelihara.
Kerana sayangkan abah,
Ana ingin menjadi seorang muslimah..
Ana mengimpikan peribadi yang solehah..
Ana berusaha mencari keredhaan Allah. 
Kerana sayangkan abah,
Ana lakukan semua ini..
Ana mahu abah jadi suami dan ayah yang amanah..
Ana tidak mahu kerana ana abah dipersoalkan di akhirat sana.
SUMBER SILA KLIK