Riwayat Hidup Wanita Ulung Saidatina Fatimah az-Zahra
Sayyidah Fatimah Az Zahra (sa) adalah Puteri dan cahaya mata Rasulullah (s aw) serta isteri kepada Ali Bin Abi Talib Alayhis Salam. Sayyidah Khadijah (sa) adalah Bonda tercintanya . Pada tahun kelima pertabalan Nabi menjadi Rasul, di kota suci Mekah, pada hari jumaat, 20Jamadilakhir, Puteri ini telah selamat dilahirkan. Beliau merupakan salah seorang dari 4 orang srikandi termulia di dalam sejarah manusia dan merupakan pemuka-pemuka wanita dunia serta yang paling mirip pada Rasulullah. Seperti mana ungkapan baginda terhadapnya “Fatimah adalah sebahagian dari diriku”. Puteri ini mempunyai nama dan gelaran-gelaran yg pelbagai seperti Fatimah,Sayyidah Zahra, Batul, Haura Mubarakah', Siddiqah,A'bidah, Radhiah, Muhaddasah, A'zra', Ummu Abiha, Zuhrah, Taqiyyah, Rokiah, Kausar,Nuriah dll.Semua nama-nama dan gelaran-gelaran tersebut menunjukkan ketinggian peribadi dan kelebihan yang tidak dapat ditemui pada diri orang selainnya.Puteri ini digelar kausar kerana keturunan Rasul...