Rasanya blog ni dah lama
bersarang tanpa sebarang update.
Apakah perubahan dalam diri Aleya.
First usia makin bertambah tapi makin comel, puji diri sendiri.
Selain tu, appointment doktor makin bertambah.
Jodoh dah tak kunjung tiba. Entah ke mana sesat mungkin Jumpa jodoh di Syurga.Ameen.
Kerjaya masih belum stabil tapi tengah mencari sesuatu yang jiwa dan raga ku. Ewaaahhh, terus ayat klasik keluar.
Selain tu, nenek dah takde. Nenek pergi meninggalkan
cucunya dan seisi yang di dunia pada 30 Julai 2020, sewaktu negara dalam PKPP dan bertepatan hari Wukuf. Alhamdulillah Allah jemput nenek dalam keadaan tenang setelah bedridden 4 tahun.
Nanti Aleya kisah lain di post akan datang.
Selain itu, kakak dan adik dah ada famili masing-masing. Dan Aleya dah official jadi aunty pada 2017.
Dan Aleya jugak didiagnosed as Late Diagnosed Autism Level 1/
High Functioning terdahulu dikenali sebagai Asperger.
Banyak pulak kisah nak cerita. Takpe next Aleya cerita satu-satu.
Oklahhh, dulu. Dah maghrib. Solat dulu. Byeee
❤️❤️❤️
No comments:
Post a Comment