Down with Flu & Reflux

Alhamdulillah, berjaya habiskan antibiotik.Suatu
Kejayaan besar buatku. Rasa nak melompat-lompat bintang kerana suatu kejayaan. Tak over kan. 

2 hari sebelum tu, aku dah rasa perit tekak, hidung rasa kering, badan rasa sedikit panas dan urine rasa sedikit panas dari kebiasaan. 

Tapi aku tepis sahaja, perasaan aku. Mungkin, overthinking. 

Antara percaya atau tidak. Tapi aku suka tidak hiraukan signal atau bahasa tubuh. Itulah aku, dari dulu macam tu. Tak pernah berubah. 

Pagi tu antibiotik terakhir, dan akhirnya aku bebas dalam keriangan aku berkata-kata aku merdeka. Dan pagi tu, ada appointment dengan my psy Dr. Mus semua berjalan seperti biasa hinggalah keesokan hari aku dah mula perit tekak dan batuk, non stop. 

So confirm lah, apa yang aku rasa tu bukan perasaan semata-mata. 
Dan aku terus, hisap Strepsils, makan ubat batuk, kumur dengan air kumur. Dan alhamdulillah batuk slowly berkurang. 

Tapi esoknya, aku mula flu berkahak. Aku repeat makan ubat dan plus makan anti histamine. 

Keadaan makin menjadi-jadi, hidung pulak block dan berhingus. Cuba pulak spray dengan nasal spray untuk 6 hari ke hadapan. 

Tapi keadaan still sama, bila malam susah nak tidur dan tak boleh tidur malam. Dan nasal spray tu, tak keluar pulak liquid dia mungkin stok tahun lepas tapi belum expired. 

Dan secara tak sengaja, terjumpa pula inhaler dari NARINAR yang Fresh breathing. Cuba guna, okay tapi makin sedut makin sakit di area dada belah kiri. Fikiran flash back 10 years back, ada pneumonia. Tapi fikiran positif, takde apa apa flu jer ni. 

Tapi kena pujuk dengan Mama jumpa ENT specialist. Tapi Sabtu, klinik cuti. Esok baru ada klinik. Awal-awal pagi terus buat appointment. 

Dan terus pergi klinik, dan kelakarnya setiap kali ke klinik psikiatri BP asyik tinggi takut & nervous kot. 
Tapi kali ni BP cantik dan cun. 

Masuk bilik doktor dan ceritakan masalah hidung dan ceritakan baru sahaja habiskan antibiotik untuk H. Pylori untuk dua minggu. Dan doktor minta doktor di kerusi lain untuk scope hidung. Keadaan hidung cantik, takde bengkak atau liquid yang berlebihan dalam hidung. 

Dan doktor, conclude asid naik ke hidung dan panas yang melampau asid naik ke hidung. Dan keadaan clear, baru tenang kita ni. Kalau tak overthinking memanjang. Dan takde perlu dirisaukan dan Doc prescibe Nasal Spray sahaja. Dan rawatannya hanya anti histamine dan nasal spray. Dan tidur dalam bantal tinggi. 

Sekarang ni, masih belum recover sepenuhnya. Doakan Aleya cepat sembuh, banyak perkara tertangguh dek flu. 

Antaranya appointment dengan OT, dah postponed sekali dan harapnya cepat sembuh sebelum jumpa OT. Tak sabar nak jumpa OT. Hopefully sempat sembuh sebelum 26 Nov ni. 






Comments

Popular Posts