Friday, October 29, 2010

Gastrik


Gastrik atau istilah perubatannya, gastritis, adalah sejenis penyakit keradangan pada
dinding/pengalas/mukosa perut yang mempunyai rawatan yang efektif. Lazimnya,
keradangan berpunca daripada jangkitan bakteria helicobacter pylori (H. pylori)
yang turut menjadi penyebab utama kepada kebanyakan ulser perut.

Penyebab Gastrik
Perut meliputi kantung kosong yang berotot terletak di bahagian atas di kiri abdomen,
betul-betul di bawah rusuk. Orang dewasa mempunyai perut sepanjang lebih kurang
25 sentimeter dan boleh mengembang untuk menampung sehingga satu gelen makanan dan minuman.
Tisu perut tersusun rapat dan berlipat sesama sendiri seperti kipas semasa perut kosong.
Apabila ada makanan, lipatan ini terbuka dan mengembang. Dalam perut inilah makanan
diproses dan disimpan sebelum ia dibuang melalui usus. Daripada mulut, makanan perlu melalui
saliran makanan yang panjang dan berotot yang dinamakan sebagai esofagus sebelum sampai
ke perut. Dinding perut pula ada beberapa lapisan otot yang menggodak makanan sehingga hancur.
Kelenjar pada dinding perut, dalam masa yang sama, merembeskan jus gastrik termasuk
enzim dan asid perut bagi membantu mencernakan makanan. Salah satu asid termasuklah
asid hidroklorik yang bersifat kakis dan boleh melarutkan besi. Bagaimanapun, kehadiran
mukus atau cecair bikarbonat dapat menyeimbangkan paras keasidan dalam perut dan melindungi tisu perut.

Punca-punca lain Gastrik:
Penggunaan kerap ubat penahan sakit bagi melegakan kesakitan tertentu seperti aspirin,
ibuprofen dan naproxen
Pengambilan alkohol yang berlebihan
Pengambilan kokain
Merokok
Stres
Gangguan autoimun
Penyakit crohn
Radiasi dan kemoterapi
Makan atau minum bahan-bahan menghakis seperti racun
Pengaliran semula hempedu ke dalam perut
Rembesan asid gastrik yang berlebihan
Jangkitan kuman/parasit, terutamanya di kalangan mereka yang lemah sistem ketahanan badannya
Lain-lain masalah perubatan seperti HIV/AIDS, penyakit buah pinggang.

Gastritis Terbahagi Kepada Dua:
Akut, apabila keradangan berlaku secara mengejut lazimnya disebabkan oleh gabungan
klasik mual dan rasa panas membakar atau ketidakselesaan pada bahagian atas abdomen/hulu hati.
Kronik, terjadi secara perlahan-lahan dalam jangka masa yang panjang, cenderung
menyebabkan kesakitan dan rasa terlalu kenyang atau hilang selera makan selepas makan sedikit.

credit to :pusat maklumat rakyat

No comments: